Cari @ Amanz

Setelah memperlihatkan Instant Pages sebelum ini, kini Google telah pun membawakan fungsi tersebut melalui kemaskini pelayar web mereka yang terbaru, iaitu Google Chrome 13 Beta. Menariknya, selain daripada fungsi Instant Pages padanya, Chrome 13 Beta turut sama membawakan salah satu fungsi yang dinantikan sekian lama, iaitu kebolehan untuk melihat sesuatu laman sebelum mencetaknya (Print Preview).

Melalui Chrome 13 Beta, Google membawakan lebih daripada 5,000 perubahan dan penambah-baikkan padanya, dan dua perkara yang amat menarik perhatian adalah Instant Pages dan juga Print Preview. Melalui Instant Pages, ianya merupakan salah satu fungsi dimana ianya pra-render akan hasil keputusan yang paling teratas pada carian Google anda, sekaligus membolehkan ianya dibuka dengan lebih pantas apabila anda klik akannya.

Selain itu, Chrome 13 Beta turut sama membawakan sokongan Print Preview, dan juga sedikit kemaskini pada fungsi omnibox, dimana kini carian melalui bar URL pada Chrome lebih mudah dan pantas berbanding sebelumnya.

Para pengguna yang melanggan saluran beta pada Chrome, mungkin sudah sedia menggunakan Chrome 13 Beta, dan sekiranya anda yang tidak melanggannya ingin menggunakannya, boleh memuat-turun Chrome Beta dan menguji pelbagai fungsi baru yang didatangkan bersamanya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd