Cari @ Amanz

Baru sahaja beberapa minggu yang lepas Zynga melancarkan permainan terbaru mereka, iaitu Empires and Allies, kini ianya dilaporkan yang mana permainan strategi daripada Zynga itu telah pun menerima 30 juta pengguna berdaftar, sekaligus memperlihatkan penambahan pemain hampir 2 juta orang setiap sehari.

Sebelum ini, Zynga telah pun melancarkan permainan terbaru mereka ini pada 1 Jun yang lepas, dimana melalui permainan ini, para pemain dapat mengawal salah satu negara, dan menjaga keamanannya dan melindunginya daripada diserang dengan menyediakan barisan tentera untuk melindungi negara.

Sebelum ini, pada bulan Disember lepas, Zynga telah melancarkan CityVille yang mana kini mempunyai lebih daripada 90 juta pengguna yang masih aktif bermain sehingga kini, selain FarmVille dan juga Mafia Wars yang masih mempunyai peminatnya tersendiri.

Mungkin dalam bulan-bulan akan datang, lebih banyak permainan baru akan diperkenalkan oleh Zynga, dan terus memperkenalkan perkara baru melalui permainan sosial mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd