Apple Bakal Mengemaskini Keluarga Mac Pro dan Mac Mini?

Apple Bakal Mengemaskini Keluarga Mac Pro dan Mac Mini?

Diterbitkan pada June 20, 2011 oleh .

Kini, ianya diperkatakan yang mana Apple kini dalam perancangan untuk memperkenalkan Mac Pro dan juga Mac Mini yang dikemaskini pada penghujung Julai ataupun pada awal Ogos kelak. Berkemungkinan besar, melalui kemaskini ini, Mac Pro akan membawakan sokongan pelbagai SSD, serta Mac Mini yang diperkatakan akan membawakan sokongan Thunderbolt.

Mac Mini juga pada masa yang sama diperkatakan akan membawakan cip pemprosesan Sandy Bridge padanya. Sebelum ini, kedua-dua, MacBook Pro dan juga iMac telah diperkemaskini dengan sokongan Thunderbolt dan juga turut membawakan cip pemprosesan Sandy Bridge padanya.

Info-info berkaitan spesifikasi yang lain masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Mungkin lebih banyak perkara akan diketahui apabila tarikh pelancarannya semakin dekat. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN