Cari @ Amanz

Selepas memperlihatkan sedikit paparan yang kurang jelas, yang memperlihatkan aplikasi TableFour.Us sebelum ini, kini pihak pembangunnya sekali lagi memberikan sebuah teaser ringkas berkaitan dengan aplikasi mereka, melalui sebuah video seringkas 4 saat. Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi aplikasi TableFour.Us ini masih lagi tidak diketahui.

Buat masa ini, fungsi utama TableFour.Us masih lagi samar-samar. Berkemungkinan, melaluinya, ianya akan membolehkan para pengguna untuk mencari restoran ataupun kedai makan, dengan mudah dan pantas. Mungkin ianya turut sama akan didatangkan dengan sokongan cadangan makanan, untuk memudahkan penggunanya mencari makanan kegemaran berdasarkan sesuatu lokasi ataupun restoran itu.

Melalui apa yang dapat dilihat, ianya membawakan tiga tab, termasuk tab rakan-rakan dan juga carian. TableFour.Us mungkin juga akan mengintegrasikan sokongan Facebook Connect (ataupun pendaftaran tersendiri), untuk menarik rakan-rakan anda yang lain yang mana turut sama menggunakan aplikasi tersebut.

Mungkin pembangunnya sendiri akan mengumumkan berkaitan aplikasi TableFour.Us ini dalam masa beberapa minggu lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd