Carian
Aplikasi Untuk Peminat Diskaun Dan Kupon Bakal Diperkenalkan
June 20, 2011 Aman

Ramai yang meminati laman-laman diskaun harian ini, yang amat ingin akan aplikasi mudah-alih khas untuk mengikutinya dengan lebih mudah, dan perkara ini bakal direalisasikan melalui MyKouponz, dimana mereka bakal memperkenalkan sebuah aplikasi khas yang memperlihatkan pelbagai tawaran harian untuk pengguna iOS, Android, Windows Phone 7 dan juga BlackBerry.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih lagi tidak diketahui. Tetapi apa yang menariknya adalah dimana ianya akan dilancarkan dengan kerjasama bersama-sama dengan 8 syarikat yang lain, termasuk EveryDay.com.my, JackCow.com, ILoveDiscounts.my, QPon.com.my, Koupon.com.my, Groupego.com.my, WeBuy.com.my, dan juga Funtora.com. Ianya diperkatakan yang mana melalui aplikasi tersebut, ianya akan membolehkan para pengguna untuk membeli, berkongsi dan menguruskan kupon yang mereka beli melalui laman-laman yang terlibat.

Mungkin pada pelancarannya kelak, lebih banyak syarikat-syarikat tawaran harian yang mungkin akan turut serta, sekaligus menjadikannya antara aplikasi yang bakal diminati ramai. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

Komen