Nampaknya, perkhidmatan Facebook Music kelak bukan sahaja hanya akan bekerjasama bersama-sama dengan Spotify, tetapi dilaporkan yang mana Facebook turut sama akan bekerjasama bersama-sama dengan syarikat-syarikat lain dalam membawakan tawaran muzik dan media kepada para pengguna laman sosial mereka itu.
Ianya diperkatakan yang mana Facebook akan menyediakan beberapa aplikasi khas untuk para pembangun dan penyedia perkhidmatan untuk mengintegrasikan perkhidmatan muzik mereka pada laman sosial terkemuka itu. Ianya diperkatakan yang mana Facebook selepas ini akan memperkenalkan sebuah tab yang dinamakan Music pada bahagian kiri laman, bersama-sama dengan tab lain termasuk Photo, Friends, Places, dan sebagainya.
Dengan memilih tab Music itu kelak, ianya akan memperlihatkan sebuah halaman dashboard khas, yang dipanggil sebagai Music Dashboard. Ianya dilaporkan yang mana melalui halaman tersebut, ianya akan memperlihatkan senarai lagu yang pernah anda dengar pada sesuatu perkhidmatan spesifik, serta lagu-lagu kegemaran anda padanya. Selain daripada itu, ianya turut diperkatakan yang mana sebuah butang khas dibahagian bawah halaman, bersama-sama dengan ikon Facebook Chat akan diperkenalkan, membolehkan anda menikmati lagu kegemaran anda dengan mudah.
Ianya turut dilaporkan yang mana Facebook turut sama akan memperlihatkan lagu-lagu terkini yang dimainkan dan didengari rakan-rakan anda melalui tab Happening Now yang pernah diperlihatkan sebelum ini. Dengan pengenalan Facebook Music juga, ianya turut sama akan membolehkan Facebook memperluaskan tawaran perkhidmatan mereka, selain daripada Facebook Deals, Facebook Games, dan lain-lain. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.