Selepas memperlihatkan video mesej kedua untuk serangan yang diperkatakan akan menjatuhkan infrastruktur negara dan sebagainya, kini ianya diperkatakan yang mana ianya bukanlah video daripada pihak Anonymous, dan adalah video palsu. Namun begitu, suatu perkara yang tidak pasti, adalah samada adakah serangan itu benar akan dilakukan ataupun sebaliknya.
Pada halaman YouTube video berkenaan, ianya diperkatakan yang mana video tersebut adalah video palsu, disamping melalui akaun Twitter @TheAnonymousAd, ianya turut sama dilaporkan yang mana ianya bukan daripada pihak mereka, dan mengatakan yang mana ada pihak cuba meniru mereka.
Melalui video tersebut, ianya menyampaikan mesej yang mana mereka bakal menyerang laman web kerajaan, atau lebih tepat lagi, laman rasmi Pejabat Perdana Menteri pada bulan Julai kelak. Perkara ini masih lagi belum disahkan oleh pihak kerajaan buat masa ini. Ianya juga tidak dapat dipastikan samada ianya merupakan akaun Twitter rasmi mereka ataupun sebaliknya.
RT @adie_alIdrus: @TheAnonymousAd is this you http://j.mp/khve3D. No. Someone trying to copy.