Aplikasi Molome beta Untuk Android Dilancarkan

Aplikasi Molome beta Untuk Android Dilancarkan

Diterbitkan pada June 21, 2011 oleh .

Seperti mana yang kami laporkan sebelum ini, kini Molome untuk Android telah pun dilancarkan secara rasminya, membolehkan para pengguna telefon pintar Android yang berminat, memuat-turunnya secara percuma daripada Android Market. Buat masa ini, ianya masih lagi pada peringkat beta, dan mungkin terdapat beberapa perkara yang bermasalah padanya.

Melalui aplikasi Molome, ianya membolehkan anda menambah beberapa efek pada gambar yang dirakamkan oleh anda, sebelum memuat-naiknnya dan berkongsi dengan rakan-rakan anda yang lain melalui laman-laman sosial dan sebagainya. Sebelum ini, ianya telah menjadi salah satu aplikasi yang amat popular pada peranti Nokia, dan kini pembangunnya telah pun memperluaskan sokongan platform dengan memperkenalkannya pada platform Android.

Buat masa ini, ianya tidak diketahui apakah perancangan lanjut pihak Molome, dan adakah ianya akan diperkenalkan pada platform-platform lain ataupun sebaliknya. Bagi para pengguna Android, anda boleh melakukan carian Molome pada Android Market, dan memasang aplikasi tersebut dengan mudah padanya.


TIPS & ULASAN