Cari @ Amanz

FourSquare Kini Mempunyai 10 Juta Pengguna Berdaftar

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah melepasi tangga 9 juta pengguna pada tempoh hari, hari ini FourSquare melalui blog mereka mengatakan yang mana kini komuniti dibawah mereka telah pun melangkaui lebih daripada 10 juta pengguna seluruh dunia, dan mencapai suatu tahap yang baru.

FourSquare sebelum ini telah dilancarkan pada bulan Mac 2009, dan ianya hanya mengambil lebih daripada 2 tahun untuk mencapai angka tersebut. Semestinya, FourSquare sendiri telah mengubah dunia geolokasi, dengan lebih banyak syarikat mula memperkenalkan perkhidmatan seumpama mereka, serta Facebook sendiri memperkenalkan Facebook Places.

Perkara terakhir yang diperkenalkan oleh FourSquare kepada para penggunanya adalah sokongan memuat-naik gambar, dan meninggalkan komen pada daftar masuk rakan-rakan di sesuatu lokasi, sekaligus menjadikan FourSquare lebih sosial dan menarik lagii.

Di Malaysia, terdapat suatu perkhidmatan yang hampir sama fungsinya, yang dipanggila Yezzar!. Namun begitu, angka pengguna rasmi untuk perkhidmatan tersebut tidaklah diketahui buat masa ini.


Komen ()