Cari @ Amanz

1Tube.my Bakal Membayar Pengguna Untuk Berkongsi Video

Oleh Aman

Link Copied!

Dalam usaha untuk menarik lebih ramai menggunakan perkhidmatan video 1Tube.my, kini pembangunnya bakal memperkenalkan salah satu cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui perkhidmatan mereka, dimana para penggunanya akan dibayar mengikut jumlah video yang dikongsikan dan ditonton oleh rakan mereka melalui pautan yang dikongsikan mereka itu.

Namun begitu, berkemungkinan, bukan semua video yang dibayar oleh pihak 1Tube.my, dan mungkin hanya sejumlah video-video yang terpilih sahaja. Perkhidmatan baru ini dijangka akan dimulakan oleh pihak 1Tube.my bermula daripada bulan Julai akan datang ini – dengan percubaan sistem terlebih dahulu.

Kaedah pengiraan pembayaran masih lagi tidak diketahui buat masa ini. Walaubagaimanapun, dengan perkara ini, semestinya, pihak 1Tube.my1 dapat menarik pelawat-pelawat baru ke halaman mereka dengan mudah dan pantas. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Komen ()