Cari @ Amanz

Setelah pengumuman pembelian Skype oleh Microsoft, kini versi baru Skype baru diperkenalkan, iaitu Skype 5.5 Beta untuk Windows. Melaluinya, Skype membawakan integrasi bersama-sama Facebook yang lebih mendalam lagi, serta perubahan sedikit dari segi antaramuka dan rekabentuk visualnya.

Jikalau melalui versi-versi sebelum ini, Skype membolehkan pengguna melihat kemaskini status rakan Facebook dan sebagainya, kini melalui kemaskini Skype 5.5 Beta ini, Skype turut sama mendatangkan sokongan Facebook Chat, serta mana anda turut boleh komen dan Like status rakan-rakan dengan mudah dan pantas, tanpa perlu meninggalkan panel Skype.

Selain daripada itu, Skype 5.5 Beta turut membawakan sedikit perubahan pada Call Control dan lain-lain, serta peningkatan dari segi bagaimana nombor telefon disimpan dan sebagainya. Para pengguna sistem operasi Windows, boleh memuat-turun Skype 5.5 Beta, dan mengujinya terlebih dahulu hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd