Carian
Peranti Pertama Windows Phone Dari Nokia Akan Dilancarkan Tahun Ini
June 21, 2011 Aman

Selain daripada memperkenalkan peranti MeeGo yang dinantikan ramai, iaitu Nokia N9, Nokia juga pada masa yang sama turut mengatakan yang mana mereka bakal melancarkan peranti Nokia yang menggunakan platform Windows Phone yang pertama pada tahun ini.

Pada acara Nokia Connection 2011, CEO Nokia mengatakan yang mana mereka bakal melancarkan peranti pertama mereka berasaskan Windows Phone pada penghujung tahun ini, dan seterusnya akan mula menjualnya diseluruh dunia pada awal 2012 kelak. Nokia juga dijangka akan memperkenalkan lebih banyak peranti Windows Phone pada tahun hadapan.

Sebelum ini, Nokia dan Microsoft telah bersetuju untuk bekerjasama, dimana peranti Nokia akan menggunakan Windows Phone, pada masa yang sama turut memperkenalkan beberapa peranti lain menggunakan Symbian dan juga MeeGo. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

Komen