Cari @ Amanz

Symbian Anna Akan Datang Bermula Bulan Julai Ini

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti mana yang kami laporkan sebelum ini, kini Nokia mengesahkan yang mana mereka akan mula menjual peranti Nokia N8, Nokia E7, Nokia C7 dan Nokia C6-01 bersama-sama dengan Symbian Anna bermula bulan Julai ini. Bagi yang sedia memiliki peranti-peranti tersebut, ianya dimaklumkan yang mereka akan menerima kemaskini sistem-operasi pada penghujung Ogos kelak.

Melalui Symbian Anna, ianya membawakan perubahan rekabentuk ikon, pelayar web yang lebih pantas lagi, input teks yang diperkemaskini untuk memudahkan pengguna menaip, peta yang ditambah-baik dan pelbagai perkara yang lain lagi. Bagi para pengguna Symbian kelak, mereka boleh mengemaskini peranti mereka dengan mudah, samada menggunakan PC mereka, ataupun terus mengemaskini dengan hanya menggunakan peranti Symbian melalui sokongan OTA.


Komen ()