Lebih 10 Peranti Symbian Akan Dilancarkan Dalam Tempoh Kurang 12 Bulan

Diterbitkan pada Jun 21, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan pengenalan telefon pintar berasaskan MeeGo, serta perancangan untuk peranti Windows Phone, ramai yang tertanya-tanya berkaitan masa depan Symbian. Nokia pada Nokia Connection hari ini sekali lagi mengatakan mereka masih akan menyokong Symbian, dan peranti baru Symbian akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Nokia mengatakan yang mana dalam tempoh masa 12 bulan akan datang, mereka akan membawa lebih daripada 10 peranti Symbian yang baru dan menarik ke pasaran. Perkara ini, sekaligus menyakinkan para pengguna Symbian untuk terus menggunakan produk baru daripada Nokia. Sama-sama kita nantikan telefon pintar Symbian yang bakal diperkenalkan Nokia tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami