Carian
Antaramuka MeeGo Pada Nokia N9 Diperlihatkan
June 21, 2011 Aman

Setelah memperkenalkan dan melancarkan peranti MeeGo pertama daripada Nokia, iaitu N9, kini melalui sebuah video khas, Nokia memperlihatkan peranti N9 dan juga antaramuka MeeGo yang didatangkan padanya dengan lebih dekat lagi, sekaligus memberikan idea awal bagaimanakah peranti tersebut akan berfungsi sepenuhnya.

Melalui Nokia N9, ianya membawakan sistem operasi MeeGo 1.2 Harmattan, memori 1024MB RAM, dengan storan terbina 16GB dan juga 64GB, kamera 8 megapixel dengan sokongan auto fokus dan juga Carl Zeiss, kamera hadapan untuk membuat panggilan video, cip pemprosesan 1GHz ARM Cortex-A8, dan juga bateri 1450 mAh. Ianya juga turut sama membawakan skrin lengkung seluas 3.9-inch WVGA dengan resolusi 854×480 pixel.

Nokia N9 dijangka akan mula dijual bermula daripada penghujung tahun ini, dan harganya masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Komen