Jika sebelum ini, persatuan Industri Rakaman Malaysia menyokong keputusan kerajaan untuk menyekat laman perkongsian fail, serta meminta kerajaan untuk menyekat laman Jiwang.org, kini Persatuan Karyawan Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai Karyawan, turut sama tampil mengumumkan sokongan terhadap tindakan sekatan oleh kerajaan itu.
Karyawan juga mengatakan yang mana mereka sebagai wakil pelbagai pihak dalam industri tidak mahu pihak kerajaan menarik balik tindakan tersebut, walaupun dikritik pelbagai pihak sebelum ini. Ianya juga turut dilaporkan yang mana usaha ini secara langsung akan dapat membantu perkembangan industri hiburan tempatan yang diperkatakan sebagai semakin kritikal akibat masalah cetak rompak dan muat-turun secara haram melalui internet.
Sebelum ini, SKMM telah menghantar surat kepada para penyedia internet, meminta untuk mereka mengenakan sekatan kepada lebih 10 halaman perkongsian fail terkemuka, selain RIM yang pada masa yang sama turut meminta kerajaan untuk menambah Jiwang.org kepada senarai sekatan mereka.