Cari @ Amanz

Nampaknya, UMobile, bersama-sama dengan pihak MOL dan Facebook dijangka bakal mengumumkan sesuatu perkara yang menarik berkaitan dengan Facebook Connect pada minggu hadapan. Informasi berkaitan dengan perkara tersebut masih lagi samar-samar buat masa ini.

Ianya hanya diketahui yang mana UMobile bersama-sama dengan pihak Facebook akan memberikan lebih daripada satu juta nilai Facebook Credit kepada para pelanggan pra-bayar U-Mobile. Namun begitu, ianya tidak diketahui bagaimanakah ianya akan diedarkan dan apakah kriteria berkaitan yang diperlukan untuknya.

UMobile bersama-sama dengan MOL dan Facebook bakal mengumumkan perkara ini pada minggu hadapan, dan kami akan membawakan maklumat lanjut berkaitan dengannya sebaik sahaja mengetahui info-info berkaitan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd