Nokia N9 Akan Dijual Bermula RM2000 ($660)?

Nokia N9 Akan Dijual Bermula RM2000 ($660)?

Diterbitkan pada June 21, 2011 oleh .

Setelah memperlihatkan Nokia N9 bersama-sama dengan MeeGo 1.2, kini ianya diketahui yang mana harganya akan bermula daripada $660 (RM2005) untuk versi 16GB, manakala $749 (RM2276) untuk versi 64GB. Tarikh mula jualannya masih lagi tidak diketahui buat masa ini, namun ianya diperkatakan akan mula dijual sebelum penghujung tahun ini.

Secara ringkasnya, Nokia N9 membawakan skrin sentuh lengkung AMOLED seluas 3.9-inch, dan didatangkan dalam tiga pilihan warna, iaitu Hitam, Magenta, dan juga Cyan. Pada masa yang sama, ianya turut membawakan kamera 8-megapixel dengan sokongan optik Carl Zeiss. Sama seperti peranti-peranti terkini, Nokia N9 turut membawakan sokongan NFC padanya, membolehkan anda berkongsi pelbagai perkara dengan rakan-rakan terdekat anda dengan mudah.

The Nokia N9 will be $660 Usd for 16gb and $749 Usd for 64gb #NokiaCnxcless than a minute ago via Tweetbot for iPhone Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN