Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, SKMM telah pun meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses ke 10 laman perkongsian popular, dan salah satunya adalah FilesTube.com. Menariknya adalah dimana kini pihak FilesTube sendiri memperkenalkan alternatif untuk para pengguna Malaysia, dengan memperkenalkan FilesTube.me.

FilesTube - SKMM

Menurut pihak FilesTube, mereka sendiri terkejut dengan halangan yang dikenakan ke atas mereka, memandangkan mereka tidak mengehos sebarang fail pada halaman web mereka, sebaliknya hanya menyediakan perkhidmatan enjin carian sama seperti Google.

Untuk mengatasi halangan tersebut, dan pada masa yang sama membolehkan para pengguna tempatan menikmati perkhidmatan mereka, FilesTube memperkenalkan dan mengaktifkan nama domain baru dibawah mereka, iaitu FilesTube.me, yang mana membolehkan para pengguna Malaysia mengakses halaman mereka dengan mudah melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd