Groupon Bakal Dilancarkan Di Pulau Pinang

Groupon Bakal Dilancarkan Di Pulau Pinang

Diterbitkan pada June 21, 2011 oleh .

Setelah mengambil-alih nama domain Groupon.my, kini akhirnya laman mereka di alamat domain yang baru itu seperti telah aktif, dan memperlihatkan beberapa tawaran menarik yang ditujukan kepada para pengguna Lembah Klang. Dan menariknya pada halaman mereka, ianya juga turut sama memperlihatkan pilihan lokasi di Pulau Pinang.

Buat masa ini, halaman tawaran harian Groupon di Pulau Pinang masih belum aktif sepenuhnya lagi, dan masih memperlihatkan mesej akan datang. Ianya tidak pasti bilakah mereka akan melancarkannya. Namun, dengan mesej yang kini diperlihatkan pada halaman mereka, mungkin kita akan dapat melihat Groupon dilancarkan di Pulau Pinang dalam masa beberapa minggu lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN