Cari @ Amanz

85% Pengguna Firefox 4 Memasang Add-On Pada Pelayar Web

Oleh Aman

Link Copied!

Mungkin ramai yang tertanya-tanya berkenaan dengan statistik penggunaan add-on pada pelayar web sumber terbuka popular, Mozilla Firefox. Kini, Mozilla sendiri memperlihatkan angkanya, dimana ianya dilihat hampir lebih daripada 85% pengguna Firefox 4 merupakan pengguna yang memilih untuk memasang sekurang-kurangnya satu add-on pada pelayar web mereka.

Ianya juga dilaporkan oleh Mozilla yang mana penggunaan pelayar web dengan add-on meningkat pada setiap penghujung minggu, sekaligus memberikan idea dimana para pengguna lebih gemar menggunakan pelayar web yang ditambah dengan add-on pada komputer rumah berbanding di pejabat dan sebagainya.

Mozilla juga turut melaporkan yang mana secara puratanya, para pengguna mempunyai lebih kurang 5 add-on terpasang pada pelayar web Firefox mereka. Tambah Mozilla lagi, kini, dengan angka Firefox 4 yang dimuat-turun lebih daripada 2.5 billion kali, lebih daripada 580 juta add-on digunakan setiap hari.

Selain daripada itu, Mozilla turut sama telah melancarkan generasi baru pelayar web mereka, iaitu Firefox 5, dan amat mendukacitakan kerana ianya dilaporkan yang mana beberapa add-on masih lagi belum menyokongnya sepenuhnya. Mungkin ianya akan mengambil sedikit masa sebelum kesemua add-on menyokong Firefox 5 dan disesuaikan dengan pembangunan pantas Mozilla.


Komen ()