Peranti Windows Phone Dari Nokia Pada 26 Oktober?

Peranti Windows Phone Dari Nokia Pada 26 Oktober?

Diterbitkan pada June 22, 2011 oleh .

Dengan pengesahan Nokia untuk melancarkan sekurang-kurangnya satu telefon pintar Windows Phone pada tahun ini, kini beberapa spekulasi awal memperkatakan yang mana berkemungkinan Nokia bakal melancarkannya pada acara tahunan mereka, Nokia World Conference yang bakal diadakah di London pada 26 Oktober akan datang ini.

Buat masa ini, keluarga Windows Phone daripada Nokia dilabelkan menggunakan nama “W”, dan ianya diperkatakan yang mana telefon pintar pertama daripada Nokia itu akan membawakan kamera 8 megapixel bersama-sama dengan skrin WVGA dan juga menyerupai seperti X7 sedikit. Selain itu, turut diperkatakan yang mana sebuah telefon pintar Windows Phone menyamai N8 turut akan diperkenalkan bersama-sama cip dwi-teras dan kamera 12 megapixel.

Nokia sebelum ini telah mengatakan yang mana mereka merancang untuk melancarkan telefon pintar Windows Phone di negara Eropah terlebih dahulu, dan semestinya acara yang diadakan di London itu sekali lagi memenuhi kriteria tersebut. Selain daripada peranti Windows Phone, Nokia juga turut sama mengatakan yang mana mereka bakal melancarkan sehingga 10 peranti Symbian yang baru dalam tempoh masa 12 bulan akan datang. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN