P1 Bakal Mengumumkan Kerjasama Bersama China Mobile

P1 Bakal Mengumumkan Kerjasama Bersama China Mobile

Diterbitkan pada June 22, 2011 oleh .

Ianya kini diperkatakan yang mana Packet One ataupun lebih dikenali sebagai P1 akan mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi dengan pelanggan paling ramai di dunia, iaitu China Mobile pada minggu hadapan. Kedua-dua syarikat ini dilaporkan akan bekerjasama dalam membangunkan rangkaian TD-LTE di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

Sebelum ini, pihak P1 sendiri telah mengumumkan yang mana mereka akan beralih ke rangkaian TD-LTE bermula daripada penghujung tahun hadapan, dan akan mulakan ujian seawal penghujung tahun ini. Melalui TD-LTE kelak, ianya akan membolehkan P1 menyediakan rangkaian internet yang lebih pantas kepada para penggunanya.

Melalui suatu ujian dan demo yang diperlihatkan pada acara khas awal tahun ini, P1 telah pun memperlihatkan yang mana melalui rangkaian TD-LTE ini ianya membolehkan para pengguna melayari internet dengan kelajuan melebihi 100Mbps dengan mudah.

Kedua-dua syarikat ini dijangka akan menandatangani perjanjian seawal minggu hadapan, dan mungkin lebih banyak maklumat berkaitan dengannya akan menyusul selepas pengumuman rasmi mereka.


TIPS & ULASAN