Setelah pengumuman pelancaran rasmi HTC Sensation di Malaysia, kini kedua-dua syarikat telekomunikasi, iaitu Maxis dan DiGi telah pun mengemaskini halaman web masing-masing menyertakan peranti dwi-teras daripada HTC itu. Kedua-dua, Maxis dan DiGi menawarkan peranti tersebut pada harga serendah RM1,399 dengan kontrak selama 24 bulan.
Maxis menawarkan peranti HTC Sensation bersama-sama dengan kontrak selama 24 bulan pada harga serendah RM1,399. Pengguna juga boleh memilih pilihan data samada inginkan 500MB ataupun 1.5GB dan keatas, pada perbezaan harga sebanyak RM200.
DiGi pula menawarkan HTC Sensation bersama-sama dengan DiGi Smart Plan pada harga serendah RM1,399 dengan kontrak selama 24 bulan. Selain daripada itu, DiGi turut memberikan pilihan kontrak selama 12 bulan pada harga RM1,699.
HTC Sensation boleh dibeli tanpa sebarang kontrak pada harga cuma RM2,299, dimana ianya membawakan kamera 8 megapixel dengan aut-fokus, skrin resolusi tinggi qHD, cip pemprosesan dwi-teras, dan seperti sedia maklum, menggunakan sistem operasi Android bersama-sama dengan HTC Sense.