Accenture Bakal Menyokong Pembangunan Symbian Sehingga 2016

Accenture Bakal Menyokong Pembangunan Symbian Sehingga 2016

Diterbitkan pada June 22, 2011 oleh .

Nokia kini telah pun mengumumkan perjanjian bersama-sama dengan Accenture untuk pembangunan Symbian, dimana melaluinya, Accenture bakal menyokong pembangunan Symbian sehingga tahun 2016, sekaligus memperlihatkan yang mana Symbian akan kekal dalam pasaran untuk suatu masa yang lama lagi.

Sebelum ini, ramai mengatakan yang mana Symbian akan berakhir memandangkan Nokia turut sama mula menggunakan Windows Phone, serta baru-baru ini memperkenalkan Nokia N9 bersama-sama dengan MeeGo. Pada masa yang sama, Nokia turut sama telah mengumumkan yang mana mereka akan mengeluarkan lebih daripada 10 peranti Symbian bakal diperkenalkan dalam tempoh kurang 12 bulan lagi.

Selain menyokong pembangunan Symbian, melalui perjanjian Accenture dan Nokia, Accenture juga turut sama akan menyokong dalam pembangunan Windows Phone pada Nokia.


TIPS & ULASAN