Walaupun ianya dilihat beberapa syarikat seperti Baloi dan OrangeDeals yang telah menutup perkhidmatan laman tawaran harian mereka, ianya tidak menghentikan semangat yang lain, dan kini PayLess.com.my bakal dilancarkan pada 24 Jun akan datang, membawakan konsep yang serupa.
Sama seperti beberapa penyedia laman diskaun dan tawaran harian yang lain, PayLess.com.my menawarkan diskaun sehingga 90%, dan ketika pelancarannya, ianya hanya akan diperkenalkan disekitar Lembah Klang sahaja.
Maklumat lanjut mengenai PayLess.com.my akan menyusul selepas pelancarannya pada 24 Jun kelak.