Carian
Syarikat Pengiklanan Blog Baru – Noobie.my Bakal Dilancarkan
June 22, 2011 Aman

Nampaknya dunia pengiklanan atas talian tempatan akan terus meriah, dimana selain daripada beberapa syarikat sedia ada seperti Innity, Nuffnang dan Advertlets, kini sebuah syarikat baru bakal dilancarkan tidak lama lagi, menggunakan nama Noobie.

Buat masa ini, ianya tidak diketahui samada ianya akan menggunakan konsep pengiklanan banner seperti yang lain ataupun membawakan konsep berbeza. Melalui halaman mereka, Noobie.my, mereka hanya memperlihatkan mesej mengatakan yang mana iklan dicipta semula, dan bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Namun apabila dilihat pada kata kunci meta dan sebagainya, mereka memperlihatkan yang mana Noobie turut menyediakan perkhidmatan pengiklanan blog dan pembayaran untuk setiap artikel. Noobie.my juga turut sama akan membolehkan para pengiklan untuk beriklan pada blog dan laman sosial lain, termasuk Twitter, Facebook, dan juga halaman hos video.

Sama-sama kita nantikan pelancarannya.

Komen