Setelah Nokia memperkenalkan dua peranti baru semalam, hari ini Sony Ericsson pula melancarkan peranti baru mereka, dimana tiga peranti baru diperkenalkan, dan dua daripadanya adalah telefon pintar Android.
Telefon Sony Ericsson txt merupakan telefon bimbit yang dibangunkan khas untuk pecinta mesej dan juga hiburan. Ianya membawakan skrin seluas 2.6″ bersama-sama dengan papan kekunci QWERTY, serta kamera 3.2 megapixel untuk merakamkan gambar. Sony Ericsson txt diperkatakan disasarkan untuk para pengguna remaja.
Selain daripada txt, Sony Ericsson turut memperkenalkan keluarga baru Xperia, iaitu Xperia Active yang mana membawakan sokongan rakaman HD, dan menggunakan Android 2.3 Gingerbread, serta didatangkan bersama-sama dengan cip pemprosesan 1GHz bersama-sama dengannya.
Selain Xperia Active, Xperia Ray turut sama diperkenalkan, membawakan skrin seluas 3.3-inch, kamera 8.1 megapixel dengan sokongan optik Exmor R, serta seberat kurang daripada 100 gram.
Harga bagi peranti-peranti ini masih lagi belum diketahui, dan tarikh pelancaran rasminya di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.