Dengan pengguna internet Malaysia yang melebihi 17 juta, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kini dalam fasa membangunkan sebuah jabatan baru dibawah mereka, yang mana akan menguruskan dan melaksanakan akta perlindungan data baru bermula tahun hadapan.
Melalui jabatan baru itu, kerajaan akan melaksanakan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan dijangka akan dikuat-kuasakan bermula daripada tahun hadapan. Bercakap pada sidang akhbar, Timbalan Menterinya, Joseph Salang mengatakan yang mana dengan pertambahan para pengguna internet tempatan dari hari ke hari, ianya merupakan salah satu akta yang perlu dilaksakan, sekaligus melindungi para pengguna tempatan.