Cari @ Amanz

Nokia N950 Diperlihatkan Dengan Lebih Dekat Melalui Video Ringkas

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti sedia maklum, semalam Nokia telah pun melancarkan peranti berasaskan MeeGo yang pertama, iaitu Nokia N9 yang dijangka dijual pada harga sekitar RM2000 pada penghujung tahun ini. Pada masa yang sama, selain daripada N9, peranti lain yang turut menggunakan platform MeeGo daripada Nokia adalah N950, dan kini diperlihatkan melalui sebuah video ringkas.


Nokia N950 [via]

Melalui Nokia N950, ianya membawakan papan kekunci QWERTY boleh luncur, selain daripada skrin sentuh padanya. Ianya diperkatakan akan membawakan skrin seluas 4-inch dengan resolusi 854×480, serta menggnakan cip 1GHz OMAP3630 sama seperti pada N9, dan didatangkan dengan kamera 8-megapixel.

Secara ringkasnya, ianya menggunakan rekabentuk yang serupa seperti Nokia N9, dan cuma didatangkan dengan tambahan papan kunci boleh luncur yang menjadi permintaan ramai. Info lanjut mengenai Nokia N950 masih tidak diketahui, namun dijangka akan dipasarkan sebelum telefon pintar Windows Phone dari Nokia mula dijual. Sama-sama kita nantikannya.


Komen ()