Mungkin semua pihak telah menjangkakan perkara ini, dimana permohonan Samsung sebelum ini untuk melihat peranti akan datang daripada Apple, iaitu iPhone 5 dan juga iPad 3, kini telah pun ditolak oleh mahkamah sepenuhnya.
Sebelum ini, Apple telah dibenarkan untuk melihat beberapa produk Samsung yang masih belum dijual dipasaran, sekaligus membawa kepada Samsung meminta hak yang serupa. Namun permintaan itu ditolak oleh mahkamah, memandangkan Samsung telah pun memperlihatkan secara rasmi kepada media, berbanding dengan Apple yang masih lagi belum mengumumkan produk akan datangnya itu, dan masih kekal berahsia seperti biasa.
Apple sebelum ini telah pun menuduh Samsung sebagai mengeluarkan produk yang menyerupai rekabentuk produk mereka, dan dengan keputusan mahkamah yang terbaru ini, mungkin kita akan dapat melihat episod seterusnya dalam perbicaraan kes ini.