CyberSecurity Malaysia, dimana merupakan salah satu badan yang bertanggungjawab pada hal-hal keselamatan atas talian dan dunia siber, kini telah pun mengumumkan yang mana mereka bersedia untuk sebarang serangan siber, dan mengatakan laman-laman kerajaan akan berdaya tahan untuk serangan siber.
Tambah CyberSecurity lagi, laman gov.my berdaya tahan untuk sebarangan serangan siber, samada ianya diumumkan terlebih dahulu ataupun diserang secara mengejut. Buat masa ini, pihak CyberSecurity diperkatakan sedang menjalankan ujian dan penilaian teknikal untuk semua rangkaian komputer pada infrasktruktur informasi negara yang kritikal.
Sebelum ini, pada 16 Jun yang lepas, sebanyak hampir 200 laman web telah diserang secara DDOS membuatkan laman-laman tersebut tidak dapat diakses, dan sebuah video baru telah dimuat-naik di YouTube memperlihatkan yang mana seterusnya laman Pejabat Perdana Menteri Malaysia akan diserang pada bulan Julai.