Mozilla Tidak Lagi Akan Mengeluarkan Kemaskini Sekuriti Untuk Firefox 4

Mozilla Tidak Lagi Akan Mengeluarkan Kemaskini Sekuriti Untuk Firefox 4

Diterbitkan pada June 23, 2011 oleh .

Nampaknya dengan pembangunan pelayar web Firefox yang lebih pantas, kini Mozilla menghentikan sokongan untuk pelayar web versi sebelumnya, dimana ianya kini dilaporkan yang mana Mozilla tidak lagi akan mengeluarkan sebarang kemaskini sekuriti untuk Firefox 4 selepas ini, memandangkan Firefox 5 sudah pun boleh didapati sekarang.

Sebelum ini, kali terakhir Firefox 4 menerima kemaskini adalah pada penghujung April yang lepas, dimana ianya dikemaskini kepada versi 4.0.1, yang membawakan beberapa kemaskini sekuriti.

Perkara ini semestinya bersesuaian dengan pelancaran pelayar web mereka yang lebih pantas, apatah lagi hampir tiga versi Firefox dalam pembangunan sekarang ini, membuatkan mungkin versi-versi sebelumnya sukar untuk diberikan sokongan.

Namun begitu, salah satu masalah pada pelayar web Firefox adalah dimana ianya tidak dikemaskini secara automatik seperti mana yang dilakukan oleh Google melalui pelayar web Chrome. Sekiranya Mozilla berjaya memperkenalkan kemaskini automatik sepertimana pada Chrome, ianya mungkin akan menjadikan pelayaran web para pengguna Mozilla lebih selamat, dan tidak perlu risau untuk mengemaskini pelayar web mereka setiap kali keluarnya versi baru.


TIPS & ULASAN