Google Sekali Lagi Mencari Pengurus Produk Google Games

Google Sekali Lagi Mencari Pengurus Produk Google Games

Diterbitkan pada June 23, 2011 oleh .

Seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini, kini nampaknya Google Games mungkin akan tiba tidak lama lagi, memandangkan Google sendiri telah memperlihatkan rancangan mereka itu melalui sebuah halaman carian kerja khas pada laman rasmi mereka.

Ianya dilihat yang mana Google sedang dalam proses mencari pengurus produk untuk Google Games, yang mana akan bertanggungjawab melaksanakan strategi permainan pada Google, pada masa yang sama membangunkan platform Google Game.

Google Games ini juga mungkin akan diintegrasikan bersama-sama dengan Google Profiles, serta membawakan beberapa fungsi sosial padanya.

Baru-baru ini, Friendster turut mengambil langkah yang lebih kurang serupa, dimana mereka telah pun melancarkan versi beta baru untuk halaman web mereka, memperlihatkan fokus mereka kini beralih kepada permainan atas talian sahaja.

Google Lively
Lively daripada Google pada tahun 2008 yang lalu

Google sendiri sebelum ini pernah melancarkan Lively, namun menamatkannya selepas beberapa bulan ianya diperkenalkan. Pada masa yang sama, sebelum ini Google pernah membeli syarikat Social Deck, dan mungkin beberapa perkara dan tenaga kerja daripadanya aktif membangunkan Google Games. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN