Bahagian Me Pada Windows Phone Mango Diberikan Nafas Baru

Bahagian Me Pada Windows Phone Mango Diberikan Nafas Baru

Diterbitkan pada June 23, 2011 oleh .

Salah satu perkara yang diberikan nafas baru pada Windows Phone Mango adalah bahagian Me padanya, dimana ianya menyertakan beberapa sokongan dan fungsi baru padanya. Bahagian Me pada Windows Phone Mango juga lebih tersusun berbanding sebelumnya yang mengumpulkan semuanya pada satu halaman.

Melalui Windows Phone Mango, para pengguna boleh daftar-masuk ke lokasi, menukar status IM, menyemak notifikasi Facebook, dan mengikuti perkembangan Windows Live dengan mudah melalui halaman Me padanya.

Selain daripada itu, beberapa informasi dinamik, seperti kemaskini gambar yang ditag anda, SMS dan emel baru turut sama diperlihatkan padanya, membolehkan anda mengikuti pelbagai perkembangan dengan mudah terus melalui halaman Me.

Kemaskini Windows Phone Mango dijangka akan diperkenalkan kepada umum pada penghujung tahun ini, yang bakal membawakan pelbagai perkara dan fungsi baru padanya, selain Nokia sendiri bakal memperkenalkan peranti baru mereka dengan platform Windows Phone.


TIPS & ULASAN