Cari @ Amanz

Says.MY : Pengguna Malaysia Merupakan Antara Pengguna Facebook Yang Aktif

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti sedia maklum, Facebook merupakan laman sosial terkemuka di dunia dan juga semestinya termasuk di Malaysia. Bercakap pada suatu acara ringkas hari ini, seorang wakil daripada Says.MY berkongsikan beberapa statistik semasa, dimana pengguna Malaysia merupakan antara pengguna aktif Facebook di dunia.

Secara purata, pengguna Malaysia dilaporkan menghabiskan lebih daripada 9 jam seminggu pada rangkaian sosial popular itu. Ianya juga diperkatakan yang mana para pengguna Malaysia secara purata mempunyai lebih daripada 233 orang rakan pada akaun Facebook mereka, menjadikan pengguna Malaysia merupakan antara pengguna dengan bilangan rakan yang paling ramai didunia.

Kini, bilangan Facebook di Malaysia mencapai lebih daripada 11 juta pengguna, dan dilaporkan sebelum ini dimana lebih daripada 88.4% pengguna internet di Malaysia mempunyai akaun Facebook mereka tersendiri.

Nampaknya, Facebook akan terus berkembang sepanjang tahun ini, dan semestinya ianya akan memberikan impak yang meluas kepada para pengguna dunia, dan semestinya pengguna Malaysia termasuk sekali.


Komen ()