Carian
Maybank Melancarkan Akaun Twitter Rasmi – @MYMaybank
June 23, 2011 Aman

Nampaknya, dunia rangkaian sosial tempatan semakin menarik, dengan lebih banyak syarikat korporat mula memberikan perhatian serius padanya, dan menubuhkan sokongan pelanggan terus melalui rangkaian sosial, dan terkini Maybank turut sama melancarkan akaun Twitter rasmi mereka.

Bagi para pelanggan Twitter, kini anda boleh mendapatkan maklumbalas pantas daripada pihak Maybank dengan pantas melalui Twitter, dimana ianya dilihat yang mana mereka menyediakan khidmat pelanggan sehingga pukul 12 tengah malam setiap hari.

Para pengguna Twitter boleh mengikuti akaun Maybank melalui @MYMaybank, dan menghubungi mereka terus melaluinya, dan tidak lagi perlu membazirkan masa dan wang membuat panggilan seperti sebelumnya.

Komen