Dell Malaysia Bakal Menjenamakan Semula Halaman Facebook Mereka

Diterbitkan pada Jun 23, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bersempena dengan KL YOUnity Street Fest 2011 yang akan berlaku pada hari Sabtu ini di perkarangan kawasan Bukit Bintang, Dell Malaysia bersama-sama dengan Microsoft merancang beberapa perkara baru, dan salah satunya adalah menjenamakan laman Facebook Dell Malaysia kembali, dan melancarkan semula pada hari tersebut.

Ianya diperkatakan yang mana buat masa ini, halaman rasmi Dell Malaysia lebih dilihat kini bersifat korporat, dan dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada pengguna, terutamanya kepada para remaja, mereka dijangka akan menjenamakan semula halaman Facebook mereka, dan tujukannya kepada para pengguna remaja, dan akan berkomunikasi dengan lebih aktif dengan pengguna mereka.

Kami akan mengemaskini dengan info lanjut sebaik sahaja mendapat info berkaitan dengannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami