Salah satu berita hangat pada hari ini adalah dimana ianya diperkatakan syarikat permainan terkemuka, PopCap Games diperkatakan dalam perbincangan akhir bersama-sama dengan salah seorang pembelinya, dan dikatakan harga perbincangan adalah sekitar $1 billion. Bertambah menarik lagi, apabila ianya dikatakan pembelinya berkemungkinan adalah Electronic Arts.
Bagi yang tidak mengenali PopCap Games, ianya merupakan syarikat disebalik beberapa permainan popular, termasuk Bejeweld dan juga Plants vs Zombies, yang mana lebih ditujukan kepada pemain peranti mudah-alih dan kasual.
Sekiranya perkara ini benar, maka ianya merupakan salah satu langkah menarik daripada Electronic Arts dalam menceburi dunia permainan peranti mudah-alih, memandangkan mereka lebih kepada membangunkan permainan yang bergrafik tinggi dan sebagainya.
Namun begitu, ianya masih diperingkat ura-ura tanpa komen rasmi daripada pihak Electronic Arts buat masa ini.