Google sentiasa membawakan pelbagai perkara baru pada pelayar web mereka, dan kini melalui Chrome 14, Google terus menambah-baik salah satu fungsi popular mereka, iaitu Task Manager. Melalui versi pembangunan Chrome 14, ianya dilihat yang mana mereka menguji sebuah halaman khas Task Manager pada pelayar web mereka.
Memangdangkan ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, beberapa perkara perlu diperbaiki lagi. Namun begitu, para pengguna boleh menguruskan penggunaan memori pada pelayar web mereka dengan mudah, serta mengawal tab, extension, dan aplikasi dengan mudah.
Halaman Task Manager ini mungkin akan diperkenalkan pada versi Chrome 14 kelak, dan bagi pengguna yang berminat untuk mengujinya terlebih dahulu, boleh melanggan saluran pembangun Chrome dan menggunakannya hari ini.