EBay Malaysia Turut Melancarkan Laman Diskaun Dan Tawaran Harian

EBay Malaysia Turut Melancarkan Laman Diskaun Dan Tawaran Harian

Diterbitkan pada June 23, 2011 oleh .

Nampaknya, nama-nama besar terus mengegarkan industri tawaran harian tempatan, dimana selepas Groupon Malaysia, Everyday.com.my, MyDeal, dan beberapa syarikat akhbar tempatan menyertainya, kini pada hari ini, EBay Malaysia turut sama melancarkan perkhidmatan seumpamanya untuk pengguna tempatan.

Perkhidmatan daripada EBay Malaysia itu yang mana dikenali sebagai Kuponan, menyediakan fungsi yang serupa dengan laman-laman tawaran harian yang lain, dan menyediakan sokongan bayaran samada melalui PayPal ataupun laman perbankan tempatan, seperti Maybank dan juga CIMB.

Buat masa ini, ianya dianggarkan dimana di Malaysia sahaja, terdapat lebih daripada 50 laman tawaran harian, yang mana kebanyakkannya menumpukan pada kawasan Lembah Klang. Namun begitu, ada juga sebahagian daripadanya yang telah ditutup dan tidak aktif lagi. Mungkin pada penghujung tahun ini, kita akan dapat melihat lebih banyak laman tawaran harian yang ditutup ataupun kurang aktif berbanding nama-nama besar sedia ada. Sama-sama kita lihat perkembangannya.


TIPS & ULASAN