Opera Menguji Antaramuka Baru Pada Opera 11.50 Beta

Opera Menguji Antaramuka Baru Pada Opera 11.50 Beta

Diterbitkan pada June 23, 2011 oleh .

Dalam usaha untuk menjadikan Opera sebagai pelayar web yang ringan dan pantas, kini Opera memperlihatkan fasa pertama bagi projek yang dinamakan Featherweight, yang mana bertujuan untuk menjadikan Opera mesra pengguna, dan juga ringan dan kemas. Sebagai langkah fasa pertama, mereka memperkenalkan sedikit perubahan pada antaramukanya.

Ianya merupakan sebahagian daripada pembangunan untuk Opera 11.50, yang mana kini ditawarkan dalam versi beta. Melaluinya, ianya membawakan ikon serba baru, dan juga pewarnaan yang lebih cerah dan lembut berbanding sebelumnya, serta membawakan perubahan pada rekabentuk bar status pada pelayar webnya.

Opera 11.50 dan juga projek Featherweight ini masih lagi pada peringkat pembangunan dan mungkin pada versi akhir Opera 11.50 kelak, kita akan dapat melihat perubahan yang lebih menarik lagi. Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Opera 11.50 Beta Build 1054 ini, dan mencuba antaramuka dan rekabentuk baru pelayar web mereka.


TIPS & ULASAN