Cari @ Amanz

Selepas ianya diura-ura akan yang mana Nokia bakal melancarkan peranti pertama Windows Phone mereka pada bulan Oktober kelak, kini sebuah video khas memperlihatkan sebuah peranti baru diperlihatkan CEO Nokia mula tersebar diinternet, yang mana sedikit sebanyak menyerupai peranti Nokia N9 yang dilancarkan pada awal minggu ini.

Apa yang dilihat berbeza secara ketara berbanding Nokia N9 adalah dimana kedudukan flash pada kameranya berbeza. Maklumat lanjut berkaitan dengannya masih tidak diketahui buat masa ini.

Nokia sebelum ini hanya mengumumkan yang mana mereka akan mengeluarkan sekurang-kurangnya satu peranti Windows Phone sebelum penghujung tahun ini. Tarikh rasmi pelancaran dan penjualannya masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd