Cari @ Amanz

Rangkaian dan media sosial semestinya telah mengubah cara kita melayari internet dan menggunakannya. Menariknya adalah melalui data yang dikongsikan oleh Global Web Index, ianya memperlihatkan yang mana pengguna dari Malaysia adalah antara pengguna yang aktif menggunakannya, menduduki tempat ketiga, hanya dibelakang Filipina dan Indonesia.

Secara ringkasnya, ianya menunjukkan yang mana terdapat lebih daripada 11.5 juta pengguna rangkaian sosial yang aktif di Malaysia, dan menggunakan data bancian daripada bulan Februari 2011 yang lepas, ianya menunjukkan yang mana lebih berminat menggunakan rangkaian sosial untuk berkongsi kandungan antara satu sama lain. Selain daripada berkongsi kandungan, pengguna Malaysia juga dilihat gemar untuk menghantar dan menerima mesej antara satu sama lain melalui rangkaian sosial.

Rangkaian sosial sendiri memainkan antara perkara penting dalam syarikat korporat tempatan, dimana kini ianya dilihat satu demi satu syarikat mula memberikan perhatian serius padanya, malah menubuhkan perkhidmatan pelanggan mereka melalui Twitter dan juga Facebook.

Dengan pengguna internet tempatan yang bertambah dari hari ke hari, mungkin kita akan dapat melihat pertambahan pengguna rangkaian sosial tempatan bertambah dengan drastik dari semasa ke semasa, serta membawakan suatu medium baru untuk berkenalan, bersosial, dan juga berkomunikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd