Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, sebelum ini Amazon telah pun melancarkan kedai aplikasi untuk pengguna Android, yang dinamakan sebagai Amazon AppStore, dan ianya tidak mengambil masa yang lama sebelum Apple memfailkan saman keatasnya. Dan kini ianya kelihatan seperti Apple mungkin tewas dalam kes tersebut.

Keputusan mahkamah untuk perkara tersebut akan dikeluarkan tidak lama lagi, dan ianya diperkatakan yang mana permintaan Apple untuk Amazon menukar nama kedai aplikasi mereka mungkin ditolak. Ianya diperkatakan yang mana penggunaan nama “App Store” itu sendiri merupakan perkataan umum, dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

Apple sebelum ini telah melancarkan AppStore pada tahun 2008 untuk para pengguna peranti iOS, sebelum Amazon melancarkan kedai aplikasi untuk para pengguna Android pada bulan Mac yang lalu, dinamakan sebagai Amazon AppStore for Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd