Carian
Twitter Ingin Memperkenalkan Iklan Pada Timeline?
June 24, 2011 Aman

Kini, ianya diperkatakan yang mana dalam usaha untuk menjana wang daripada laman Twitter, pihak Twitter dalam perancangan untuk memperkenalkan iklan terus pada timeline utamanya, melalui fungsi “Promoted Tweets”, sekaligus memberikan impak yang lebih meluas kepada para pengiklannya.

Selain daripada itu, ianya turut diperkatakan yang mana mereka turut akan memperkenalkan iklan berupa diskaun dan sebagainya yang mungkin saingi Groupon. Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui samada ianya akan dilaksanakan ataupun tidak memandangkan masih lagi dalam peringkat perancangan buat masa ini.

Selain untuk pengguna, Twitter turut dilaporkan akan memperkenalkan halaman profail yang baru untuk jenama-jenama yang menggunakan halaman Twitter mereka, membolehkan mereka menjadualkan tweet mereka dengan mudah melaluinya.

Sebelum ini, Twitter telah memperkenalkan beberapa iklan yang tidak menganggu pada laman utama mereka, termasuk membolehkan para pengiklan menaja topik terhangat, dan juga memperkenalkan fungsi Sponsored Tweet yang agak popular pada laman tersebut.

Komen