Cari @ Amanz

Mango Membawakan Integrasi Xbox Live Lebih Mendalam

Oleh Aman

Link Copied!

Windows Phone Mango semestinya membawakan perubahan yang banyak dan besar pada platform mudah-alihnya, dimana selepas ianya diperlihatkan yang mana Mango akan membawakan perubahan pada halaman Me, ianya juga kelihatan yang mana Xbox LIVE turut akan menerima penambah-baikkan padanya.

Melalui Games Hub pada Windows Phone, Xbox Live diintegrasikan, dan ianya dikatakan Windows Phone Mango turut sama akan mengintegrasikan sokongan integrasi avatar 3D padanya, membolehkan para pengguna berinteraksi dengannya.

Selain integrasi Avatar pada Games Hub, Mango turut sama akan membolehkan anda melihat apa yang sedang dilakukan oleh rakan-rakan Xbox Live anda, membawakan kandungan yang lebih menarik -dari segi berita dan informasi melalui Spotlight pada Games Hub, notifikasi yang ditambah baik dan sebagainya.

Windows Phone Mango dijangka akan dilepaskan sebelum penghujung tahun ini, dimana ianya membawakan lebih daripada 500 perkara baru padanya. Sama-sama kita nantikan info lanjut berkaitan dengan Windows Phone Mango.


Komen ()