Penghantaran Fail Melalui NFC Pada Nokia N9 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Jun 24, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nokia pada awal minggu ini telah pun memperkenalkan Nokia N9 yang mana didatangkan bersama-sama dengan sistem operasi MeeGo, dimana melaluinya pelbagai perkara baru didatangkan. Salah satu perkara baru pada peranti Nokia tersebut adalah sokongan NFC, seperti mana yang terdapat pada Nexus S, dan beberapa peranti baru yang lain.

Melalui NFC, Nokia membolehkan kedua-dua peranti diserasikan dengan pantas dan mudah, seterusnya membolehkan para pengguna menghantar dan menerima fail, samada gambar, lagu, video dan sebagainya dengan mudah, melalui sokongan Bluetooth.

Sebelum ini, Google lebih kepada mempromosikan NFC untuk pembayaran mudah-alih dengan mudah, selain turut memperkenalkan Google Wallet kepada umum. Mungkin dengan ini, ianya akan membawakan penggunaan NFC kepada satu tahap yang baru lagi. Namun begitu, ianya masih tidak diketahui samada fungsi ini menyokong peranti lain dengan NFC ataupun hanya antara Nokia N9 sahaja.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami