Carian
Opera 11.50 Swordfish Mencapai Fasa RC
June 24, 2011 Aman

Baru sahaja semalam kami menulis mengenai Opera 11.50 dengan antaramuka dan rekabentuk yang baru, dan kini pihak pembangunnya telah pun mengumumkan pelepasan Opera 11.50 Release Candidate 1, sekaligus memperlihatkan yang mana ianya menghampiri fasa terakhir pembangunan.

Melalui versi RC ini, Opera lebih kepada menyelesaikan beberapa pepijat yang telah dikenal-pasti, serta menyelesakan masalah-masalah penggunaan pelayar web Opera 11.50 yang telah dikenal-pasti sebelum ini.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Opera 11.50 RC ini sebagai pemasangan Opera Next ataupun sebagai versi RC itu sendiri. Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, ianya lebih digalakkan untuk para pengguna memuat-turunnya sebagai versi Opera Next, dan menggunakannya bersama-sama pemasangan Opera anda sedia ada.

Komen