Cari @ Amanz

DiGi Memperkenalkan Pelan iPad Bermula Serendah RM30 Sebulan

Oleh Aman

Link Copied!

Pengguna iPad dan inginkan talian internet untuknya? Mungkin anda boleh mencuba DiGi, dimana hari ini mereka melancarkan pelan khas untuk para pengguna iPad, bermula dari serendah RM30 untuk penggunaan sebanyak 500MB, dan dua pelan lagi untuk pengguna yang benar-benar aktif menggunakan internet.

Melalui pelan iPad, DiGi menyediakan tiga pilihan berbeza, iaitu iPad Lite, iPad Basic dan juga iPad Pro. Melalui iPad Lite, pengguna hanya dikenakan langganan bulanan sebanyak RM30, tetapi tertakluk untuk penggunaan sebanyak 500MB, dan setiap penggunaan seterusnya akan dikenakan caj tambahan. Namun begitu, untuk iPad Basic dan iPad Pro, anda tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan untuk penggunaan melebihi had, dan cuma akan dikawal kelajuannya sahaja.

Pelan iPad ini hanya boleh didaftarkan di beberapa lokasi terpilih sahaja buat masa ini, dimana anda boleh melihatnya dengan lebih lanjut pada halaman rasmi DiGi.


Komen ()